Genetik Iban

North Borneo Untold History
Kaitan Ras Negrito dan Bangsa peribumi Sabah-Sarawak.

Ramai yang tidak mengetahui adanya keterkaitan antara etnik negrito di Malaysia Barat dengan etnik di Sabah, terutamanya etnik Semang-Senoi. Etnik Semang (disebut “sakai” oleh Miklucho-Maclay) merupakan entik peribumi asal Malaysia Barat dan Thailand. Etnik ini terdiri daripada banyak suku, misalnya suku Batek, Lanoh, Jahai, Mani, Menriq, Semnam, Sabüm, Temiar, Semai, etc. Pada umumnya mereka disebut dengan istilah “Orang Asli” di Malaysia Barat dan dalam linguistic disebut “Aslian”; Aslian merupakan salah satu cabang bahasa Mon-Khmer. Hasil penelitian biokimia yang terawal dilakukan pada tahun 1979 lalu; hasil penelitian biokimia itu menunjukkan genetic kaum Dusunic mirip atau dekat dengan genetic Orang Asli Malaysia, juga dekat dengan genetik Iban dan Dayak Darat (Bidayuh), tapi agak jauh daripada suku Batak, Bunun, Melayu dan Aetas. Ini merupakan penelitian genetic yang terawal pada tahun 1979, sebelum adanya penelitian mtDNA.

Penelitian mtDNA mengesahkan kedekatan genetik kaum peribumi Borneo seperti Iban dan Dusun dengan etnik Semang dan Senoi. Suku kaum Semang di Malaysia Barat dikatakan suku tertua di Asia Tenggara, merupakan yang menurunkan sub etnik Negrito lainnya. Ras Negrito seperti Semang dan Senoi inilah yan g menurunkan kaum Dusun, Iban, Dayak Darat (Bidayuh) dan suku-suku Dayak lain. Yang membezakan Orang Asli Semenanjung (Negrito) dengan Orang Asli Borneo adalah warna kulit mereka, Orang Asli Borneo lbh cerah dan putih berbanding Orang Asli Malayasia Barat. Suku Semang dikatakan “direct descendent” daripada penghijrah terawal Homo Sapiens dr Africa 200k tahun dahulu, sampai ke Semenanjung Malaysia sekitar 70k tahun lalu. Suku Semang melahirkan suku-suku Orang Asli lain, seperti Jakun (Negrito). Dr suku Semang, Senoi n Jakun ini muncul kaum Dusun, Iban, Bidayuh dan suku2 Dayak lain. Dari kaum Dusun, Iban dan Dayak Darat lahirlah suku Jawa, Melayu, Bugis, Minangkabau, Tagalog, Visaya, etc.

Cukup menarik untuk diteliti, leluhur ras negrito adalah leluhur bangsa peribumi Borneo dan juga bangsa peribumi di Asia Tenggara bahagian tanah besar. Ras Negrito telah menghasilkan dua bangsa besar, iaitu bangsa Mon-Khmer, Vietic (Vietnamese) dan bangsa Bornean. Bangsa Mon-Khmer dan Vietic kemudian menguasai kawasan Burma, Semenanjung Malaysia, Thailand, Kemboja, Laos dan Vietnam, sebelum kedatangan kaum penutur Sino-Tibetan seperti Burma dan Karenik, serta penutur Tai-Kadai seperti bangsa Thai dan Lao. Ras Negrito yang menurunkan bangsa Bornean (Dayak) pula telah menguasai seluruh Pulau Borneo. Leluhur bangsa Bornean telah menurunkan banyak bangsa lain, seperti Melayu, Bugis, Jawa, Visaya dan sebagainya. Bukti keterkaitan bangsa peribumi Bornean dengan Aslian dikemukakan oleh ahli bahasa bernama Roger Blench, di mana banyak kosa kata bangsa Bornean dan Chamik sama dengan kosa kata Aslian aka Orang Asli (Mon-Khmer). Banga Chamik merupakan bangsa yang mengasaskan peradaban Champa, mereka berhijrah dari Borneo sekitar abad-1 masihi.
_______________________________________________

Sumber :

1. S.G. Tan. (1979). Genetic Relationship between Kadazans and Fifteen other Southeast Asian Races : University Pertanian Malaysia.
2. Richards. (2008). New DNA Evidence Overturns Population Migration Theory in Island Southeast Asia.
3. Phylogenetic relationships of the Orang Asli and Iban of Malaysia based on maternal markers : https://pdfs.semanticscholar.org/3c7c/d54abf4d097d5408184d306fec4904538f6a.pdf
4. The genetic history of Peninsular Malaysia : https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27060406
5. G. William Domhoff. (2003). Senoi Dream Theory: Myth, Scientific Method, and the Dreamwork Movement.
6. https://www.ethnologue.com/subgroups/austro-asiatic
7. Blench, Roger. (2006). Why are Aslian speakers Austronesian in culture? Papers presented at ICAL-3, Siem Reap, Cambodia.
8. Origins and diversification: the case of Austroasiatic groups, 2017 : http://rogerblench.info/Archaeology/SE%20Asia/SR09/Sidwell%20Blench%20offprint.pdf